Thursday, February 22, 2018

pena vs papan kekunci - by elly

Tika papan kekunci diketuk
jari menari menyusun abjad2 minda
terburai membuak isi hati yang terkumpul

pena yang dulu melakar sejarah agung
kini hanya simbolik falsafah

dakwat yang dulu menjadi darah yang membasahi urat megah sasterawan
dakwat yang dulu menjadi air liur cendikiawan
dakwat yang dulu tumbah membasahi pusara pejuang negara

kini..
dakwat keramat mengalir disegenap lapisan getah mesin2 pencetak
tanpa hati
dakwat yang dulu terus terpateri mencetus idea penuh waspada tanpa celah
di kepingan helaian putih

kini..
peredaran dunia yang dulunya di pandu penuh cermat oleh pena2 tajam
didepani oleh mesin2 papan kekunci yang maha bahaya
karyanya boleh melontar laju menembusi ruang maya
typo kini perkara biasa tanpa perlu cecair kertas
tanpa perlu seni tangan
segalanya siap sedia di kotak huruf pelbagai bentuk tulisan

dan lihatlah natijahnya..
tiada lagi kemegahan seni khat tangan menjadi bualan
hanya grafik visual
hanya mainan warna 3 dimensi
ukiran wayang kulit hanya pameran tanpa Tok Dalang

aku melangkah ke ruang hijau dan mentah
kini anak muda semakin rakus bermain bahasa dunia
semakin taksub merojak kata
papan kekunci laju belayar dengan kata2 hati
bukan salah mereka
hanya aku yang sinis berfikir


aku..
bukan sengaja membidas kemodedan
malah bangga dengan sains percetakan yang hanya secebis dari teknologi

aku cuma rindu saat dulu
istilah Pena Menari kini hanya menjadi memori tua..

1 comment:

  1. 2 la pasal kan lan...
    tulisan sa pun makin kurang lawa sudah...
    bukan buruk tapi kurang lawa...hahaha...
    besar beza tu...

    ReplyDelete